Photo from Garde Manger Kitchen

Asalamualaikum.
okay, i will try my best to upload pic for my garde manger class.
this picture is from my final practical class.


Appetizer


Main Course


Dessert

Tuesday-27/1/2009

Tuesday-27/1/2009
Its was my BEST DAY of my life...
my first date with her...
its not date after all, just went to school, and teach her about word...
i don't care, aku anggap aku date gak...
hahaha....
aku agak gelabah gak, dia janji kul 10 pagi.. tp 9.30 dia dah sampai..
maybe she doesnt want me to face with **** after all.
yeah, i had my rival, my junior.. but luckly i am the choosen one...
Alhamdulillah...
First time aku mandu kereta kat jalan sempadan(jalan kampung yang sempit+penuh dgn sampah dgn kelajuan mencecah 90km/j)
nyaris2 accident, tp tgh excited masatu...
aku singgah stesyen petronas belikan roti dgn air...
aku tak pikir panjang, men parking jer kat stesyen tu.
nasib baik tak kena sound..
sampai sekolah, ramai orang ingat cikgu amad yg datang, sebab masatu aku pakai keta dia...
hahaha...
padahal aku yg datang...
on my way to the class, its take me around 20 minutes to calm myself...
argh...
glabah kan...
first date..
hahahaha....
after that, brave myself, and meet her...
lol, im wearing kemeja merah(her favourite colour) and she wearing kurung hijau(my favourite colour)..
hahaha... thats what we call, sehati sejiwa...
i dont know why, but i got a shock...
dont know how to describe it, in malay we call "malu-malu kucing"..
hahaha...
maybe i dont really ready to faced her..
and i just sate, open my laptop, and start teaching her...
finish, i chat with her, dan dia suruh aku tumpangkan dia ke rumah pida...
bloody hell..
kinda happy...
but got spoil by my neighbor..
dia pun nak tumpang gak...
takperlah, bawak dia ker rumah pida, pastu balik rumah...
hahaha...
btw, she gave me a book about Hukum Hakam Haid, dont really remember the title.....
hahaha...
wajib bagi kaum lelaki mengetahui tentang haid, dan wajib bagi seorang ayah mengajar anaknya tentang haid.
After all knowledge was the most important thing in our life...
i think i will stop here....
just wanna share about my experience...
k, thankz...
Wasalam...

Mengapa Orang Yahudi Bijak?

Mengapa Orang Yahudi Bijak?
www.iluvislam.com
Dr. Stephen Carr Leon


Mengapa Yahudi Bijak? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi bijak? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

" ...sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami... "




Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi satu kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.


Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironinya, pemilik & pengeluar rokok terbesar adalah.... (tekalah sendiri..!)

Pemerhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka, bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) dengan itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza dari segi IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!! Segala pelajaran dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah). Disini murid-murid diberi penekanan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di politeknik dan universiti. Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus-ratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.


Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan tumpuan yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gene bodoh akan mengikuti generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7!!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negara Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sahaja di Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts!!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai Bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Dalam tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Pharaoh (firaun) hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri pada cucu saya, setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Apa Yang Aku Lakukan Di Rumah Sewa Sewaktu Cuti Study Week???

Asalamualaikum...
lama giler tak mengepost kat blog sejak aku delete blog yg lama...
hohoho....
panjang tak tajuk aku...
hahaha....
macam orang giler....
tak kisah kalau tak der yg baca blog aku, asalkan aku dapat jadikn blog ni as my diary...

11-13/4/2009
Start study week, aku balik kampung... nak jaga hati mak aku, tu yg aku balik tu..
kalau ikut aku, aku malas nak balik...
ada orang kata kg ni best, leh jumpa pakcik, makcik, nenek..
leh borak2 dgn dorang...
tp bagi aku, aku agak sedikit tak suka dengan kampung, mungkin sebab masa aku start sekolah dulu, pakcik2 n makcik2 n nenek aku suka perli aku, ignore aku, macam aku tak wujud.
kalau cakap ngan aku pun mesti perli maut nya...
yer lah,
First aku GEMOK, tu yang dorang tak suka kat aku...
Second aku pemalas, so kalau dah pemalas tu confirm arr kurang pandai kan.
Third, anak2 dorang yg sebaya dgn aku semua pandai2 berlaka, so pakcik, makcik n nenek aku pandang serong kat aku.
Fourth, entahlah.. memang aku dilahirkan tuk dibenci kot....

ini lah alasan2 kenapa aku malas nak balik kampung..
aku ingat masa aku form 5, aku balik kg time raya, pakcik aku ni cikgu kat satu sekolah ni, sekolah agak bagus arr kan...
dia ada arr ramalan tentang soalan SPM sejarah.
aku ingat gi, A, B and C dia panggil nak bagitahu tentang ramalan soalan ni, aku jer yg tak dipanggil.
sebab tu aku cakap, aku ni invisible.
orang tak nampak aku.
tp tu lah, orang kata kalau nak berjaya, usaha sendiri...
aku pun dengan menebalkan muka aku, gi lah join dorang, tp korang pikir arr apa perasaan korang kalau jadi macam aku.
salah ker nak bukak mulut n cakap macam ni.
"hakim, meh join sekali kitorang, tgk Pakcik nak terangkan pasal soalan Sejarah SPM ni"....
susah sangat ker nak sebut!!!!
so kesimpulanya aku memang tak suka kampung aku walaupun dorang dah start berubah sikit berbaik dengan aku.
entahlah, mungkin dorang rasa dah makin tua, kubur pun dah pnggil, tu yg baik dengan aku tu..
ataupun mungkin aku yang salah anggap dengan dorang...
whatever...
anyway, disebalik kisah lampau yg begitu aku bencikan, ada juga kebaikan pada masa sekarang.
aku dapat Rm 50 dari pakcik+makcik aku, n Rm 50 lagi dari nenek aku.
atleast dapat cover aku time cuti study week ni..
dalam bimb tinggal rm 5 jer..
huhuhu....
thanx...

14/4/09
hari ni aku ada test hospitality.
subjek yang aku repeat...
hahaha...
sengal kan...
ada hikmahnya...
aku pun datang arr dgn confidentnya kan....
first aku jumpa lecture tu dia tanya, kamu tak buat assignment ker?
saya tgk nama kamu tak der pun?
Ya ALLAH...
aku ingatkan subjek repeat tak payah wat assignment..
hanya perlu jawab test jer....
bertapa bodohnya aku ni...
huhu...
anyway, lecture aku tu baik sangat, dia nak masukan nama aku kat salah satu group yg hantar assignment...
ALHAMDULILLAH...
Thanx encik Radzi....
pastu aku jawap lah test tu...
agak senang arr..
rasa2nya part B dgn C aku leh score full mark...
part A, true or false agak arr susah...
huhu..
pastu aku lepak kat kolej, online...
lama giler tak online....

15/4/09
aku tak buat apa pun kat umah sewa...
bgun, makan, tgk tv, mesej, mandi, tidur...
tu jer lah kerja aku...
study tu ada lah, bukak buku sikit2...
hohoho...

16/4/09
jafni g jusco dng iffan, dorang ajak aku, tp aku malas nak gi...
aku melakukan kerja2 pembasmian kuman kat umah...
hehe...
aku kemas umah sewa...
agak bersepah+giler arr...
start dhn bilik tidur aku, sampailah bilik solat, dapur and ruang tamu...
aku lap kipas2 kat umah tu...
habuk nya tebal betul..
aku dgn habuk bukanlah kawan baik, habuk begitu benci+dengki dgn aku..
aku bersin lebih 50 kali hari tu...
hohoho...
siap kemas sume, aku gi basuh bilik air...
time ni dah tak larat giler, dgn tak sarapan gi, aku basuh cincai jer....
hahaha...
anyway, hari tu umah aku bersih dan segar...
hahaha....

17-20/4/09

time paling boring dalam idup aku...
aku kat umah, bagun, makan, mandi, tgk tv, study sikit2, main game, mesej, and tidur...
and skang aku ada masalah tidur....
aku tak leh tidur malam, susah sangat...
kul 4 lebih baru aku leh tidur...
OMG, tolong aku....
huhuhu...

semalam housemate aku ajak gi campus...
okay ar kan..
tp disebabkan masalah susah tidur malam aku tu, aku tidur kul 4.30 semalam.
and pagi td aku bagun kul 9, aku tgk housemate aku dah tak der dah...
sakit giler hati aku...
susah sangat ker nak kejut kan aku..
dah ajak, pastu wat macam tu...
macam @$!#$@^!$@ ajer....
takper arr, aku sabar jer lah...
dah kata duk serumah, aku nak marah2 pun tak guna..
sabar + redha jer lah...

dah lah, aku malas nak tulis gi..
final start 28/4, lama gi kot...
hoho...
so, aku nak kene study betul2 ni...
dikesempatan ni nak ucapkan Good Luck pada yg nak final k...
k thank you...
Waalaikumsalam...

About Me

My photo
It is enjoyable to eat something delicious, but the greatest joy is the time spent waiting for it.